Kebanyakan dari kamu mungkin pernah menggunakan tunnel dengan koneksi SSH. Tapi mungkin di antara kamu tidak pernah ketahui boleh menggunakan dynamic tunnel untuk mengakses semua infrastruktur remote. Selain itu, anda boleh menentukan destinasi IP untuk tujuan mempunyai akses terus. Proses ini hanya boleh dicapai melalui konfigurasi PuTTY anda.
Dalam prosedur ini, kami akan menggunakan Internet Explorer, Firefox dan sambungan RDP untuk menunjukkan penggunaan SSH Tunnel dengan koneksi SSH itu sendiri, serta cara mengkonfigurasi Tunnel dengan beberapa jenis protokol lain.
Local Port Forwarding
1. Cara pertama dengan membuka Aplikasi PuTTY
- Di dalam konfigurasi PuTTY, masukkan nama di bahagian Host Name dan Port untuk remote SSH komputer. Masukkan juga nama di bahagian Saves Sessions dan tekan butang Save. Jika sudah ada, hanya pilih dan tekan butang Load. Lihat gambar seperti dibawah :

2. Konfigurasi PuTTY untuk RDP
Didalam bahagian Tunnels di aplikasi PuTTY, untuk mengkonfigurasi Local Port, seperti 50001, yang akan mengarahkan ke 3389 (remote desktop – RDP) pelayan destinasi anda.
Anda hendaklah memasukkan Source Port dengan memasukkan local port untuk diarahkan semula. Setelah itu, masukkan alamat Destinastion IP dan Port. Pilih Local dan Auto untuk mengaktifkan IPv4 dan IPv6.
Inilah adalah contoh dari komputer yang saya ingin remote : 172.128.123.10, port pelayan 3389.

Sila ambil perhatian bahawa anda boleh mengkonfigurasi port anda untuk pelbagai pelayan serentak. Mengkonfigurasi Local Port tertentu seperti 50002 akan mengalihkan kepada port 80 pelayan destinasi anda. Membuat konfigurasi seperti ini akan membolehkan anda untuk melayari menggunakan Internet Explorer / Firefox / Chrome dengan menggunakan Tunnel dari PuTTY.

Setelah konfigurasi yang sudah disediakan, buka aplikasi RDP (Remote Desktop) dan masukkan ip (127.0.0.1) beserta dengan local port yang dikonfigurasi sebelum ini di dalam PuTTY anda.

Seperti gambar rajah di atas, jika saya masukkan ip 127.0.0.1:50001, koneksi ini akan menuju ke server / komputer 172.128.123.10:3389
Jika saya masukkan ip 127.0.0.1:50003 pula, koneksi saya ini akan ke server 172.128.123.11:3389